Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir)- Hujjatul Islam Wal Muslimin Sayed Muhammaf Baqir al-Mahdi salah seorang ulama Syiah Kuwait mengeluarkan pernyataan yang tegas iaitu, "Barangsiapa yang menuduh Syiah itu Syirik, maka mereka itu adalah Musyrik. Barangsiapa yang mengkafirkan pengikut Ahlul Bait, maka mereka itu sesat dan kafir dan barangsiapa yang mengatakan orang Syiah itu anak Mut'ah maka mereka itu jauh dari Islam, Quran dan Nabi (saw)".
Beliau juga meminta para ulama Ahlusunnah turut mengharamkan pernyataan yang mengkafirkan Syiah sambil menekankan, "Seluruh umat Islam wajib menyeru pemberhentian saluran-saluran TV yang menyebarkan fitnah, penghinaan dan pengkafiran terhadap Syiah".
Perwakilan Marji' Taqlid di Kuwait ini menyambut baik pengistiharaan Syaikh al-Azhar yang mempertahankan Syiah dan mengkritik saluran-saluran TV propaganda aqidah fanatik Wahabi sambil berkata, "Sebelum Doktor Ahmad Tayyib Syaikh al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut merupakan penyeru perpaduan umat Islam, mengistiharkan bahwa dibolehkan mengikut mazhab Syiah dan mufti Mesir sekarang Doktor Ali Jum'ah telah mengulanginya".
Menurut laporan satu sumber baru-baru ini beberapa saluran TV fanatik Wahabi melalui Nilsat telah diberhentikan setelah Pemimpin Revolusi Islam Iran mengeluarkan fatwa haramnya mencerca simbol Ahlusunnah dan disusuli kecaman Syaikh al-Azhar terhadap pengkafiran Syiah.